Wednesday, 16 December 2015

Rojak Pakistan


Tak perlu lagi nak duduk kat kedai-kedai tepi jalan..... cari kedai mamak....
sekarang ini kak Lyeeda, dah pun cara-cara membuat rojak yang paling sedap,  tak lah manis.. iye lah kan, kat kedai mamak tu kadang2 rojak nya manis dan cair....  tapi rojak yang ini mmg sedap lah..

Dah bnyk kali kak lyeeda ambik order... huh terpaksa pulak bangun pepagi subuh sepei....untuk menggoreng cekodok udang dan cekodok kelapa.....

Tapi apa pun rasalah kenikmatan rojak Lyeeda King Taste..... memang menjilat jari.....

Cuti-cuti malaysia





nanti kak lyeeda update apa cerita ni....

Friday, 6 November 2015

Mini Pizza

Emmm dengar jer pizza, tentu anak-anak suka... di sini kak Lyeeda buat satu mini pizza untuk majlis hari jadi anak seorang teman di Cheras....



Mini pizza ini adalah dari adunan roti yang di atasnya di taburi dengan "mix vege" dan potongan ayam sosej, juga di oleskan dengan chili sos dan mayonis.... dan apabila adunan telah hampir masak Kak Lyeeda taburi dengan parutan cheese dan cheezy sos membuatkan mini pizza ini bertambah lemak dan cheezy....




Sedap...yummy..!!



Bun Kacang Merah

Bun kacang merah adalah bun yang paling di sukai ramai...  bun kacang merah ini di bentuk dengan 4 kelopak bunga yang di dalam adalah dari kacang merah yang blend halus untuk menambahkan lagi rasa enak kacang.  Dengan inti yang banyak, dan penggemar nya pun agak ramai...






Siap sedia untuk penghantaran.....


Bun Sosej Mayonis

Last week adalah minggu yang paling busy...order roti makin bertambah, Alhamdulillah...
he he he larat ke Kak Lyeeda ni......

Bun Sosej Mayonis



Ini adalah bahan utama untuk project meroti adalah tepung gandum semestinya ada, butter, gula dan saf instant... (yeast)..... Maka hari ni project mengadun roti sebanyak 80 biji utuk di jadikan Bun Sosej Mayonis....


Bun Sosej with Mayonis ni memang agak sedap dan paling ramai penggemarnya...  hari-hari ada jer orang nak order bun ini....dengan rasa lemak mayonis yang di oles diatas bebunga bun yang mana empat kelopak bunga ini di apit oleh sosej ayam yang sedap....


Siap sedia untuk penghantaran.....


Thursday, 15 October 2015

Lyeeda's King Taste. Enjoy Every Bite !

Akhirnya dengan segala usaha dan penat lelah bertanya sana dan sini akhirnya dapatlah Kak Lyeeda menempatkan hasil-hasil meroti ini di salah satu kolej kediaman pelajar di UKM... pada hari pertama sambutan agak menggalakkan.. tapi biasalah adat orang berniaga kadang-kadang untung adakalanya sebaliknya...

Tapi Kak Lyeeda tak putus harap, mencuba dan mencuba...hari-hari Kak Lyeeda akan menghasilkan roti yang berlainan rasa dan rupa bentuk untuk menarik perhatian ramai...

Mengadun 2 kilo tepung untuk meroti dah jadi lumrah seharian....dan di sini lah semuanya bermula


Antara Roti yang popular keluaran Lyeeda's King Taste ialah Bun Sosej, yang amat sedap dengan sosej ayam yang di spiral bersama adunan roti dan di atasnya di toping dengan sos cili dan mayo.



Bun Chicken Floss, juga mendapat tempat di kalangan para pelajar.  Bun yang di saluti dengan Spicy Chicken Floss memang sedap dan menepati cita rasa pada yang inginkan sedikit pedas.



Mini Pizza yang toppingnya di taburi dengan mozarella Cheese, mix vegetable, sos cili, sos cheezy dan mayonis membuatkan rasa yang begitu ummph....

  


Roti Sarang Lebah, adalah roti yang sangat popular sekarang di bakar rangup bersama taburan bijan putih dan hitam, kuaci hijau membangkitkan lagi rasa roti sarang lebah yang biasanya di makan dengan lelehan caremal yang di perbuat dari whipping cream dan gula perang.



Bun Kacang merah yang adalah bun manis yang intinya adalah dari kacang merah yang direbus empuk.  Di atasnya terdapat taburan bijan lebih menaikkan keenakan rasa bun ini.







And finally, hasil ujikaji maka terjadilah roti idaman anak-anak yang tersangat suka dengan kejadian roti besar ini yang di dalam nya Kak Lyeeda curahkan dengan mushroom soup...rasanya ? memang hebat dan sedap.... Tapi roti besar ini hanya untuk santapan dan hidangan untuk anak-anak Kak Lyeeda aje ye.....   
















Talam Marmar

Talam Marmar adalah talam yang agak cantik kejadiannya sekiranya marble yang di lorekkan berjaya memenangi hati si pengadun nya....

Dengan adunan tepung beras dan green pea serta hijau pandan di kukus untuk melengkapkan di lapisan bawah Talam Marmar ini.

Lapisan atas dengan hanya menggunakan tepung green pea adunan di bahagikan samarata kepada 2 warna supaya marble dapat di lorekkan dengan cantik.



Talam Marmar siap sedia di masukkan dalam kukusan....



OK, siap untuk di hidangkan....Sila lah....!