Wednesday, 30 September 2015

Talam Salad Jagung Durian

Salad Jagung Durian, adalah menu talam yang termasyhur di Kuala Lumpur buat masa ini....

Lapisan bawahnya adalah dari pulut susu yang di kukus bersama santan dan kelapa parut juga jagung kernel dalam tin...menjadikan rasanya yang begitu enak dan berlemak.

Dengan diblend bersama durian musang king menjadikan lapisan atasnya kuning diraja.... 

Mari kita tengok hasilnya.....




Dengan rasminya order dan tempahan di buka......

Talam Tokyo & Talam Labu

Talam Tokyo dan Talam Labu Berlapis ini di order oleh sedara dari kampung....



Dengan lapisan bawahnya disatukan dengan sagu mata ikan, soon, kelapa parut dan santan, maka terasa lah ia sebagai lemak-lemak sedap....emmm yummy...

Di lapis dengan kastard untuk menjadikan lapisan atasnya yang begitu wangi dan kenyal-kenyal manis... amat sesuai untuk di jadikan minum petang di rumah maupun sebarang majlis keraian....



Talam Labu...order ke 2,   entry telah di ceritakan pada update yang lepas...

Talam Briyani

Hari ini ujikaji telah diuji dan berjaya menyiapkan Talam Briyani yang telah di buka dengan rasminya untuk tempahan....

Talam Briyani ini amat sedap rasanya dengan daging yang ditumis dengan rempah briyani yang kemudiannya di taburi di atas talam, juga di olah lagi dengan bawang goreng dan daun sup....

Mari kita tengok kejadiannya....

















Talam Labu Berlapis

Lately memang menjadi hari-hari yang penuh dengan aktiviti, menalam sudah menjadi lumrah.. Talam Labu ini amat enak dengan rasa labu yang lemak manis yang di potong dadu untuk memantapkan lagi rasanya...

Alhamdulillah rezeki dari NYA tak putus...  Now, Talam Labu Berlapis, order dari sebuah pejabat di Kuala Lumpur.....kena minta En Hubby tolong hantarkan.....




Mereka ni nak bahagi kepada 4 bahagian...share-share katanya...so kenalah Kak Lyeeda potong dan bahagi kepada 4....  



Terima kasih kerana sudi meng'order'....




Talam Cendol

Talam Cendol ini adalah untuk santapan di hari Raya Aidil Adha baru-baru ini.... 
Rasanya yang sangat sedap dengan diulis dengan gula melaka dan santan segar...di lapisan bawah adalah dari santan, tepung beras dan cendol....



Amat teruja nya tetamu untuk menjamah sepotong talam cendol yang amat cantik kejadiannya....




Dan tempahan maupun order dengan rasminya di buka......


Saturday, 26 September 2015

Kari Ikan Kurau Masin

Sehari sebelum umat islam menyambut Aidil-Adha, puas juga memikirkan apakah juadah untuk berbuka puasa petang itu...

Setelah ke pasar BBBangi, ternampak ikan kurau masin...  iye ini sesuai untuk juadah berbuka puasa..

Akhirnya setelah bertungkus lumus, ini lah hasilnya..... Ikan Kurau Masin di campur dengan keledek, terung bulat, kacang panjang diolah sedikit dengan serbuk kari ikan, bawang merah yang dimayang halus, daun kari, cili kering di goreng garing.....



Selamat Berbuka Puasa Sunat.....10 Zulhijjah....yummy...!!


Hari Raya Aidil Adha 2015

Sementelah Ibunda dan Ayahanda berkesempatan untuk meluangkan masa berhari raya bersama kami di Bandar Baru Bangi...Alhamdulillah...

Subuh hari lagi kami bersiap sedia untuk menyempurnakan solat aidil adha di Masjid Putrajaya.

Inilah sebahagian dari Family kecik Kak Lyeezda....  bergambar bersama ayah bonda sebaik sampai ke Perkarangan Masjid Putrajaya

Bersama dengan my Sis In Law....sebelum solat



Apapun kami bersyukur ke hadrat Ilahi membolehkan kami sekeluarga bersolat sunat aidil adha pada tahun 2015....