Welcome to Blog Lyeeda.... This is my passion, my thoughts, my dreams. I'm officially launch "A Great Times"....
Wednesday, 16 December 2015
Rojak Pakistan
Tak perlu lagi nak duduk kat kedai-kedai tepi jalan..... cari kedai mamak....
sekarang ini kak Lyeeda, dah pun cara-cara membuat rojak yang paling sedap, tak lah manis.. iye lah kan, kat kedai mamak tu kadang2 rojak nya manis dan cair.... tapi rojak yang ini mmg sedap lah..
Dah bnyk kali kak lyeeda ambik order... huh terpaksa pulak bangun pepagi subuh sepei....untuk menggoreng cekodok udang dan cekodok kelapa.....
Tapi apa pun rasalah kenikmatan rojak Lyeeda King Taste..... memang menjilat jari.....
Friday, 6 November 2015
Mini Pizza
Emmm dengar jer pizza, tentu anak-anak suka... di sini kak Lyeeda buat satu mini pizza untuk majlis hari jadi anak seorang teman di Cheras....
Mini pizza ini adalah dari adunan roti yang di atasnya di taburi dengan "mix vege" dan potongan ayam sosej, juga di oleskan dengan chili sos dan mayonis.... dan apabila adunan telah hampir masak Kak Lyeeda taburi dengan parutan cheese dan cheezy sos membuatkan mini pizza ini bertambah lemak dan cheezy....
Sedap...yummy..!!
Bun Kacang Merah
Bun kacang merah adalah bun yang paling di sukai ramai... bun kacang merah ini di bentuk dengan 4 kelopak bunga yang di dalam adalah dari kacang merah yang blend halus untuk menambahkan lagi rasa enak kacang. Dengan inti yang banyak, dan penggemar nya pun agak ramai...
Siap sedia untuk penghantaran.....
Bun Sosej Mayonis
Last week adalah minggu yang paling busy...order roti makin bertambah, Alhamdulillah...
he he he larat ke Kak Lyeeda ni......
Bun Sosej Mayonis
he he he larat ke Kak Lyeeda ni......
Bun Sosej Mayonis
Ini adalah bahan utama untuk project meroti adalah tepung gandum semestinya ada, butter, gula dan saf instant... (yeast)..... Maka hari ni project mengadun roti sebanyak 80 biji utuk di jadikan Bun Sosej Mayonis....
Bun Sosej with Mayonis ni memang agak sedap dan paling ramai penggemarnya... hari-hari ada jer orang nak order bun ini....dengan rasa lemak mayonis yang di oles diatas bebunga bun yang mana empat kelopak bunga ini di apit oleh sosej ayam yang sedap....
Siap sedia untuk penghantaran.....
Thursday, 15 October 2015
Lyeeda's King Taste. Enjoy Every Bite !
Akhirnya dengan segala usaha dan penat lelah bertanya sana dan sini akhirnya dapatlah Kak Lyeeda menempatkan hasil-hasil meroti ini di salah satu kolej kediaman pelajar di UKM... pada hari pertama sambutan agak menggalakkan.. tapi biasalah adat orang berniaga kadang-kadang untung adakalanya sebaliknya...
Tapi Kak Lyeeda tak putus harap, mencuba dan mencuba...hari-hari Kak Lyeeda akan menghasilkan roti yang berlainan rasa dan rupa bentuk untuk menarik perhatian ramai...
Mengadun 2 kilo tepung untuk meroti dah jadi lumrah seharian....dan di sini lah semuanya bermula
Antara Roti yang popular keluaran Lyeeda's King Taste ialah Bun Sosej, yang amat sedap dengan sosej ayam yang di spiral bersama adunan roti dan di atasnya di toping dengan sos cili dan mayo.
Bun Chicken Floss, juga mendapat tempat di kalangan para pelajar. Bun yang di saluti dengan Spicy Chicken Floss memang sedap dan menepati cita rasa pada yang inginkan sedikit pedas.

Mini Pizza yang toppingnya di taburi dengan mozarella Cheese, mix vegetable, sos cili, sos cheezy dan mayonis membuatkan rasa yang begitu ummph....
Roti Sarang Lebah, adalah roti yang sangat popular sekarang di bakar rangup bersama taburan bijan putih dan hitam, kuaci hijau membangkitkan lagi rasa roti sarang lebah yang biasanya di makan dengan lelehan caremal yang di perbuat dari whipping cream dan gula perang.
Bun Kacang merah yang adalah bun manis yang intinya adalah dari kacang merah yang direbus empuk. Di atasnya terdapat taburan bijan lebih menaikkan keenakan rasa bun ini.
And finally, hasil ujikaji maka terjadilah roti idaman anak-anak yang tersangat suka dengan kejadian roti besar ini yang di dalam nya Kak Lyeeda curahkan dengan mushroom soup...rasanya ? memang hebat dan sedap.... Tapi roti besar ini hanya untuk santapan dan hidangan untuk anak-anak Kak Lyeeda aje ye.....
Talam Marmar
Talam Marmar adalah talam yang agak cantik kejadiannya sekiranya marble yang di lorekkan berjaya memenangi hati si pengadun nya....
Dengan adunan tepung beras dan green pea serta hijau pandan di kukus untuk melengkapkan di lapisan bawah Talam Marmar ini.
Lapisan atas dengan hanya menggunakan tepung green pea adunan di bahagikan samarata kepada 2 warna supaya marble dapat di lorekkan dengan cantik.

Talam Marmar siap sedia di masukkan dalam kukusan....
OK, siap untuk di hidangkan....Sila lah....!
Serikaya Abok-Abok
Talam Serikaya abok-abok, dilapisan bawahnya adalah terdiri daripada sagu mata ikan dan kelapa parut untuk melemakkan rasa, di kukus selama 20 minit,
Manakala di lapisan atasnya adalah dari campuran tepung gandum dan tepung beras di satukan bersama dengan gula melaka dan santan pekat. Dikukus juga untuk mendapatkan warna dan rasa yang sememangnya sedap.

Saturday, 10 October 2015
Talam Ubi
Talam Ubi, ada talam yang sinonim dengan masyarakat melayu sejak dulu lagi...he he he Kak Lyeeda baru tau akan keenakkan talam ubi ini...
Di bangi ini nak cari ubi ni memang susah sikit, maka itu talam ini hanya untuk di lihat sahaja... for order nak kena tengok stock ubi.. he he maklumlah kita kan duduk Bandar Baru....(perasan la pulak)
Ubi yang di parut halus, di campur dengan gula melaka dan sedikit santan di kukus membuatkan bau dan rasanya amat sedap... Dilapisan atas adalah dari tepung beras dan tepung green pea, memang enak di makan untuk sajian minum petang..... dengan rasa yang lemak di lapisan atas, dan kenyal-kenyal ubi dan manis gula melaka di lapisan bawah.

Talam Suji & Talam Suji Milo
Talam Suji, ada talam yang di ramu khas dengan gula melaka dan santan segar, dan tepung gandum untuk menaikkan lagi keenakan gula melaka di lapisan atasnya. Memang lemak dan sedap....
Manakala di lapisan bawah di lapis dengan tepung suji dan campuran sedikit tepung gandum menambah lagi rasa suji nya.
Talam Suji Milo, lapisan bawah masih lagi mengekalkan dengan ramuan tepung suji, manakala di lapisan atas ianya di ramukan bersama tepung kastard, susu tepung dan milo... Suji milo ini memang sedap and well recommended....
Dengan rasminya Talam Suji dan Talam Suji Milo open for order....
Monday, 5 October 2015
Talam Cha Cha Berlapis Rose
Seindah namanya, begitulah juga sesedap manis ros nya...
Talam ini di ramukan bersama dengan Cha Cha yang di rebus empuk dan di satukan bersama dengan santan pekat, tepung beras dan tepung jagung di lapisan bawah di kukus untuk mendapatkan rasa yang lemak-lemak manis.
Di lapisan kedua tepung gandum yang di blend bersama dengan daun pandan untuk mendapatkan wangi dan hijau yang segar.
Manakala di lapisan atas di indahi dengan wangian ros membuatkan talam Cha Cha berlapis ros ini sangat indah dan enak.

Sunday, 4 October 2015
Antara Roti-Roti yang menjana pendapatan
Inilah antara roti-roti ini telah boleh menjana pendapatan harian ku... Setelah berusaha keras dan menghadiri beberapa kelas akhirnya hasil roti ini telah mendapat tempat dikalangan penggemarnya....
Alhamdulillah, berjaya mendapat tempat di salah satu cafe di UKM untuk tujuan pemasaran...
Alhamdulillah, berjaya mendapat tempat di salah satu cafe di UKM untuk tujuan pemasaran...
Talam Salad Jagung Durian
Dengan namanya yang sangat unik, begitu juga dengan rasa yang lemak manis durian musang king yang di kisar bersama santan dan kastard untuk mendapatkan warna dan rasa durian yang enak..
Lapisan bawahnya pula di tatar bersama pulut susu yang dikukus empuk bersama dengan kelapa parut dan akhirnya di campur dengan jagung kernel yang sangat lemak...
Maka itu terhasil lah Salad Jagung Durian untuk hidangan seisi keluarga maupun untuk dibawa sebagai buah tangan untuk menziarahi saudara mara....

Talam Berlauk Briyani
Talam Berlauk Briyani, sangat sedap setelah diadun dengan daging yang dimasak dengan rempah briyani berlatarkan minyak sapi Ghee... haruman nya semerbak apabila di taburi dengan bawang goreng dan daun sup... Dengan lapisan bawahnya adalah dari tepung beras yang diramukan dengan santan dan serbuk lada putih... Maka terhasil lah Talam Berlauk Briyani yang sangat enak...
Ini juga order dari seseorang... Thk you.
Kole Kacang
Walaupun proses membuat kole kacang amat rumit sikit namun hasil yang Kak Lyeeda dapat memang teruja sungguh... dan ini adalah tempahan@order dari seorang sahabat di Bangi ini...
Apapun penyediaan taik minyak adalah sesuatu yang wajib untuk kole kacang yang enak...
Santan pekat yang di masak atas api untuk membuat dan menjadikan taik minyak...
santan dah mula berketul-ketul, menandakan nak masak dah ni...
Memasak tepung kacang hijau hingga likat... dan ready untuk di tuang atas loyang..
Hasil kejadian kole kacang.... emmm yummy....!
Terima kasih pada sahabat yang order.....
Subscribe to:
Posts (Atom)