Thursday, 15 October 2015

Lyeeda's King Taste. Enjoy Every Bite !

Akhirnya dengan segala usaha dan penat lelah bertanya sana dan sini akhirnya dapatlah Kak Lyeeda menempatkan hasil-hasil meroti ini di salah satu kolej kediaman pelajar di UKM... pada hari pertama sambutan agak menggalakkan.. tapi biasalah adat orang berniaga kadang-kadang untung adakalanya sebaliknya...

Tapi Kak Lyeeda tak putus harap, mencuba dan mencuba...hari-hari Kak Lyeeda akan menghasilkan roti yang berlainan rasa dan rupa bentuk untuk menarik perhatian ramai...

Mengadun 2 kilo tepung untuk meroti dah jadi lumrah seharian....dan di sini lah semuanya bermula


Antara Roti yang popular keluaran Lyeeda's King Taste ialah Bun Sosej, yang amat sedap dengan sosej ayam yang di spiral bersama adunan roti dan di atasnya di toping dengan sos cili dan mayo.



Bun Chicken Floss, juga mendapat tempat di kalangan para pelajar.  Bun yang di saluti dengan Spicy Chicken Floss memang sedap dan menepati cita rasa pada yang inginkan sedikit pedas.



Mini Pizza yang toppingnya di taburi dengan mozarella Cheese, mix vegetable, sos cili, sos cheezy dan mayonis membuatkan rasa yang begitu ummph....

  


Roti Sarang Lebah, adalah roti yang sangat popular sekarang di bakar rangup bersama taburan bijan putih dan hitam, kuaci hijau membangkitkan lagi rasa roti sarang lebah yang biasanya di makan dengan lelehan caremal yang di perbuat dari whipping cream dan gula perang.



Bun Kacang merah yang adalah bun manis yang intinya adalah dari kacang merah yang direbus empuk.  Di atasnya terdapat taburan bijan lebih menaikkan keenakan rasa bun ini.







And finally, hasil ujikaji maka terjadilah roti idaman anak-anak yang tersangat suka dengan kejadian roti besar ini yang di dalam nya Kak Lyeeda curahkan dengan mushroom soup...rasanya ? memang hebat dan sedap.... Tapi roti besar ini hanya untuk santapan dan hidangan untuk anak-anak Kak Lyeeda aje ye.....   
















Talam Marmar

Talam Marmar adalah talam yang agak cantik kejadiannya sekiranya marble yang di lorekkan berjaya memenangi hati si pengadun nya....

Dengan adunan tepung beras dan green pea serta hijau pandan di kukus untuk melengkapkan di lapisan bawah Talam Marmar ini.

Lapisan atas dengan hanya menggunakan tepung green pea adunan di bahagikan samarata kepada 2 warna supaya marble dapat di lorekkan dengan cantik.



Talam Marmar siap sedia di masukkan dalam kukusan....



OK, siap untuk di hidangkan....Sila lah....!


Serikaya Abok-Abok

Talam Serikaya abok-abok,  dilapisan bawahnya adalah terdiri daripada sagu mata ikan dan kelapa parut untuk melemakkan rasa, di kukus selama 20 minit,

Manakala di lapisan atasnya adalah dari campuran tepung gandum dan tepung beras di satukan bersama dengan gula melaka dan santan pekat.  Dikukus juga untuk mendapatkan warna dan rasa yang sememangnya sedap.




Saturday, 10 October 2015

Talam Ubi

Talam Ubi, ada talam yang sinonim dengan masyarakat melayu sejak dulu lagi...he he he Kak Lyeeda baru tau akan keenakkan talam ubi ini...

Di bangi ini nak cari ubi ni memang susah sikit, maka itu talam ini hanya untuk di lihat sahaja... for order nak kena tengok stock ubi.. he he maklumlah kita kan duduk Bandar Baru....(perasan la pulak)

Ubi yang di parut halus, di campur dengan gula melaka dan sedikit santan di kukus membuatkan bau dan rasanya amat sedap... Dilapisan atas adalah dari tepung beras dan tepung green pea, memang enak di makan untuk sajian minum petang..... dengan rasa yang lemak di lapisan atas, dan kenyal-kenyal ubi dan manis gula melaka di lapisan bawah.








Talam Suji & Talam Suji Milo

Talam Suji, ada talam yang di ramu khas dengan gula melaka dan santan segar, dan tepung gandum untuk menaikkan lagi keenakan gula melaka di lapisan atasnya. Memang lemak dan sedap....

Manakala di lapisan bawah di lapis dengan tepung suji  dan campuran sedikit tepung gandum menambah lagi rasa suji nya.



Talam Suji Milo, lapisan bawah masih lagi mengekalkan dengan ramuan tepung suji, manakala di lapisan atas ianya di ramukan bersama tepung kastard, susu tepung dan milo... Suji milo ini memang sedap and well recommended....




Dengan rasminya Talam Suji dan Talam Suji Milo open for order....

Monday, 5 October 2015

Talam Cha Cha Berlapis Rose

Seindah namanya, begitulah juga sesedap manis ros nya...
Talam ini di ramukan bersama dengan Cha Cha yang di rebus empuk dan di satukan bersama dengan santan pekat, tepung beras dan tepung jagung di lapisan bawah di kukus untuk mendapatkan rasa yang lemak-lemak manis.

Di lapisan kedua tepung gandum yang di blend bersama dengan daun pandan untuk mendapatkan wangi dan hijau yang segar.

Manakala di lapisan atas di indahi dengan wangian ros membuatkan talam Cha Cha berlapis ros ini sangat indah dan enak.











Sunday, 4 October 2015

Antara Roti-Roti yang menjana pendapatan

Inilah antara roti-roti ini telah boleh menjana pendapatan harian ku...  Setelah berusaha keras dan menghadiri beberapa kelas akhirnya hasil roti ini telah mendapat tempat dikalangan penggemarnya....

Alhamdulillah,  berjaya mendapat tempat di salah satu cafe di UKM untuk tujuan pemasaran...









Talam Salad Jagung Durian

Dengan namanya yang sangat unik, begitu juga dengan rasa yang lemak manis durian musang king yang di kisar bersama santan dan kastard untuk mendapatkan warna dan rasa durian yang enak..

Lapisan bawahnya pula di tatar bersama pulut susu yang dikukus empuk bersama dengan kelapa parut dan akhirnya di campur dengan jagung kernel yang sangat lemak...

Maka itu terhasil lah Salad Jagung Durian untuk hidangan seisi keluarga maupun untuk dibawa sebagai buah tangan untuk menziarahi saudara mara....








Talam Berlauk Briyani

Talam Berlauk Briyani, sangat sedap setelah diadun dengan daging yang dimasak dengan rempah briyani berlatarkan minyak sapi Ghee... haruman nya semerbak apabila di taburi dengan bawang goreng dan daun sup... Dengan lapisan bawahnya adalah dari tepung beras yang diramukan dengan santan dan serbuk lada putih...  Maka terhasil lah Talam Berlauk Briyani yang sangat enak...






Ini juga order dari seseorang... Thk you.


Kole Kacang


Kole Kacang adalah talam yang sangat enak dengan lemak kacang hijau yang di kisar halus.  Juga ianya di taburi dengan taik minyak yang dimasak hingga agak kuning dan garing menambah lagi keenakan kole kacang ini...

Walaupun proses membuat kole kacang amat rumit sikit namun hasil yang Kak Lyeeda dapat memang teruja sungguh...  dan ini adalah tempahan@order dari seorang sahabat di Bangi ini...

Apapun penyediaan taik minyak adalah sesuatu yang wajib untuk kole kacang yang enak...





Santan pekat yang di masak atas api untuk membuat dan menjadikan taik minyak...


santan dah mula berketul-ketul, menandakan nak masak dah ni...

Memasak tepung kacang hijau hingga likat... dan ready untuk di tuang atas loyang..








Hasil kejadian kole kacang.... emmm yummy....!

Terima kasih pada sahabat yang order.....




Thursday, 1 October 2015

Kelas (2) Meroti di Sepang

Begitu teruja dengan Kelas Pertama meroti, kali ini teringat nak ulangkaji semula kelas roti bersama Chef Wani ni... Kali ini Kak Lyeeda di temani oleh sister dan sister-in-law juga berserta dengan dua orang officemate Kak Lyeeda.  Yang best nya Chef kata kami 6 orang, so chef bagi kami buat roti dengan  3 1/2 kilo tepung  huh banyak nya untuk kami...... Wahhh semangat berkobar-kobar ni....

Baru mula nak uli tepung, selfie itu mesti.... Chef Wani yang di berbaju chef putih dan bertudung hitam tu...  


Sebahagian dari roti-roti yang telah siap



\

Bahan Utama untuk mengadun roti :
Tepung Gandum
Gula
Bread Improver
Bread Softner
Susu@air sejuk
Yeast Kering
Telur





Kelas (1) Membuat Roti di Sepang

Awal penglibatan Kak Lyeeda di bidang meroti adalah sekadar untuk meluaskan ilmu, sementelah anak-anak  yang tidak begitu suka untuk makan roti, jadi Kak Lyeeda belajar hanya untuk suka-suka...

Masa tu tengah stress sangat.... apa yang bakal Kak Lyeeda lakukan setelah penamatan perkhidmatan di tempat Kak Lyeeda kerja.... kononnya belajar meroti hanya untuk asas aje...untuk memenuhi masa Kak Lyeeda yang terluang di rumah....

Setelah ding dong ding dong akhirnya hanya kami berempat sahaja yang ingin mencuba untuk menguli tepung... ...



Mereka semua adalah officemate Kak Lyeeda, Zakiah, Yati dan Lienda...



Eh sempat lagi ber "selfie"....


Akhirnya dengan bantuan Chef Wani, yang sangat peramah dan tak lokek ilmu dari Sepang maka terhasil lah roti-roti kami... Chef Wani kata "pertama kali u all meroti, jari-jari keras lagi..sebab tu herot berot... ha ha ha... apapun Kak Lyeeda puas hati....

Maka dengan tunjuk ajar dari Chef  Wani terjadi lah roti pizza, roti sosej, roti kacang merah, dan yang paling best Kak Lyeeda bole bawa balik hasil dari pembelajaran roti ini....



Roti Pizza yang sangat sedap... yummmy !


Roti Chicken Floss...yang ini pun Chef kata bole bawa balik....yahooo sedap dan sangat sedap...


Terima kasih Chef Wani.